Tidak seperti bahagian
Asia Tenggara yang lain,
Bugis tidak banyak menerima pengaruh
India di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya pengaruh
India yang jelas ialah tulisan
Lontara yang berdasarkan skrip
Brahmi, dimana ia dibawa melalui perdagangan. Kekurangan pengaruh
India, tidak seperti di
Jawa dan
Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti awal ketika itu kuat menentang
asimilasi budaya luar.
Perubahan Dari Zaman Logam
Permulaan sejarah
Bugis lebih kepada
mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks
La Galigo,
populasi awal adalah terhad dan terletak di persisiran pantai dan
tebing sungai dan penempatan ini dihubungi dengan pengangkutan air.
Penempatan di tanah tinggi pula didiami oleh orang
Toraja. Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga pemerintahan iaitu
Wewang Nriwuk,
Luwu' dan
Tompoktikka. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan awal tersebar di seluruh
Tana Ugi, malahan jauh ketengah hutan dimana tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut mitos, terdapat
migrasi
yang ingin mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi penempatan
ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan fizikal hutan, dimana
hutan-hutan ditebang dan proses diteruskan sehingga abad ke20.
Teknik Dan Perbedaan Ekonomi
Penebangan hutan ini mungkin seiring dengan pembuatan besi untuk membuat alat-alat tertentu seperti
kapak. Malahan, pemerintah pertama (mengikut sejarah) kerajaan
Bone memakai gelaran 'Panre Bessi' atau 'Tukang Besi'. Selain itu, terdapat juga hubungan yang cukup rapat diantara pemerintah
Sidenreng dengan penduduk
kampung Massepe, tempat penumpuan pembuatan alatan
besi oleh orang
Bugis
dan tempat suci dimana 'Panre Baka' ('Tukang Besi Pertama') turun dari
Syurga/Langit. Walaubgaimanapun, sesetengah mengatakan 'Panre Baka'
berasal dari
Toraja.
Satu lagi inovasi yang diperkenalkan ialah penggunaan
kuda. Walaupun tidak disebut di dalam teks
La Galigo, menurut sumber
Portugis,
pada abad ke16, terdapat banyak penggunaan kuda di kawasan gunung.
Maka, inovasi ini mungkin diperkenalkan antara abad ke 13 dan abad ke
16. Maksud kuda di dalam
Bahasa Bugis , ialah 'anyarang' (Makassar: jarang), cukup berbeza dengan
Bahasa Melayu, malahan ia diambil dari
Jawa ( 'jaran' ). Perkataan ini mungkin digunakan pada abad ke14, ketika
Jawa diperintah oleh
Majapahit.
Perubahan di dalam bidang ekonomi berhubung kait dengan pertambahan
penduduk di tangah-tengah benua. Pada mulanya, sumber ekonomi majoriti
populasi
Bugis ialah penanaman
padi manakala golongan
elit
mengawal sumber-sumber asli dari hutan, perlombongan dan sumber-sumber
dari laut. Sumber-sumber asli ini mendapat permintaan dari luar
Sulawesi
dan ini membolehkan golongan elit memperdagangkan sumber-sumber ini dan
membolehkan mereka membeli barang-barang mewah dari luar seperti
seramik China,
Sutera India, cermin etc. Walaubagaimanapun, pengawalan pertanian oleh golongan elit masih memainkan peranan penting ketika itu.
Perubahan Sosio-Politik
Implikasi terakhir dari penyebaran etnik
Bugis keseluruh
Sulawesi Selatan ialah perubahan didalam politik. Kerajaan-kerajaan lama
Bugis iaitu
Luwu',
Sidenreng,
Soppeng dan
Cina (kemudiannya menjadi Pammana) masih berkuasa tetapi mungkin terdapat pembaharuan didalam pentadbiran ataupun pertukaran
dinasti.
Kuasa-kuasa kecil muncul di penempatan-penempatan baru ( 'wanua' ) dan
diperintah oleh seorang ketua digelar 'matoa' atau 'arung'. Sesetengah
penempatan awal ini (tidak disebut didalam
La Galigo) seperti
Bone,
Wajo dan
Goa kemudiannya menjadi kerajaan-kerajaan utama.
Walaubagaimnapun, sesetengah kerajaan yang disebut di dalam teks
La Galigo seperti
Wewang Nriwu' dan
Tompoktikka
'hilang' di dalam rekod sejarah, dan ini menyebabkan sesetengah
sejarahwan percaya bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak wujud sama sekali.
Kontranya, terdapat perubahan didalam sosio-politik yang nyata di
permulaan teks sejarah iaitu wujudnya satu perhubungan kontrak di antara
pemerintah dan
pa'banua (rakyat negeri tersebut yang merupakan
orang kebanyakkan.) Di dalam masyarakat awal, keselamatan dan sumber
pendapatan penduduk (seperti mendirikan rumah, memberi kerja dan
membekalkan keperluan tertentu) merupakan tanggungjawab pemerintah.
Situasi ini berbeza sekali seperti di dalam teks
La Galigo di mana pemerintah tidak perlu membekalkan apa-apa kepada penduduk.
Perubahan Agama
Kesinambungan dari zaman logam diteruskan di dalam bidang keagamaan.
Bissu (bomoh) kekal menjadi elemen penting di dalam hal-hal keagamaan sebelum kedatangan
Islam.
Perubahan di dalam bidang keagamaan ialah pembakaran mayat dan debu
bagi orang-orang terpenting di simpan di dalam tempat penyimpanan debu
(bersaiz seperti labu) manakala tempat pembakaran mayat disebut
Patunuang. Walaubagaimanapun, pembakaran mayat terhad kepada tempat-tempat tertentu. Menurut sumber
Portugis, Makassar mengekalkan teknik penanaman mayat dan
Toraja pula membiarkan mayat reput di gua-gua.
Pemerintah-pemerintah awal pula tidak ditanam mahupun dibakar dan
mereka dikatakan 'hilang', bermaksud kembali ke syurga. Menurut sumber,
mayat-mayat pemerintah awal dibiarkan bersandar di pokok reput sehingga
tinggal tulang. Mayat bayi pula di tenggelamkan di sungai ataupun laut.
Kerajaan-Kerajaan Awal Bugis
Di akhir abad ke 15, Luwu', yang dianggap sebagai ketua bagi komuniti
Bugis, mendominasi kebanyakkan kawasan di
Tana Ugi
termasuklah tebing Tasik Besar, sepanjang sungai Welennae, tanah
pertanian di sebelah timur, sepanjang persisiran pantai yang menghadap
Teluk Bone,
Semenanjung Bira,
Pulau Selayar dan
Tanjung Bataeng. Walaubagaimanapun, kerajaan ini mula menghadapi tentangan dari kerajaan-kerajaan lain di sekitarnya.
Situasi Politik Di Akhir Abad ke 15
Pada awal abad ke 15, Luwu' menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi
Tasik Besar. Penempatan Luwu' pula terletak di muara sungai Cenrana,
manakala di hulu sungai pula terdapat beberapa kerajaan kecil. Luwu'
cuba mengekalkan pengaruhnya di bahagian barat, di jalan perhubungan
antara
Selat Makassar dan
Sungai Cenrana melalui Tasik Besar, untuk mengawal perdagangan sumber-sumber asli di sebelah barat, mineral dari pergunungan
Toraja dan sumber pertanian sepanjang
Sungai Welennae. Walaubagaimanapun,
Sidenreng, terletak di bahagian barat Tasik Besar telah memilih untuk berlindung di bawah
Soppeng. Pada masa yang sama, Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga terletak di sebelah barat telah membentuk satu
konfederasi dinamakan ' Aja'tappareng ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan Luwuk hilang pengaruh di atas kawasan ini.
Malahan, sesetengah penempatan-penempatan
Bugis mula enggan berada dibawah pemerintahan Luwu'. Di hulu
Sungai Cenrana
pula, kerajaan Wajo' sedang membangun dan mula menyebarkan pengaruhnya
untuk mengawal kawasan sekelilingnya. Manakala pemerintah-pemerintah di
kawasan sekeliling Wajo' pula di gelar 'Arung Matoa' bermaksud Ketua
Pemerintah. Sekitar 1490, salah seorang dari pemerintah ini membuat
perjanjian dengan Wajo', dan sekaligus meletakkan Luwu' dibawah pengaruh
Wajo'. Pada tahun 1498 pula, penduduk Wajo' melantik Arung Matoa Puang
ri Ma'galatung, seorang pemerintah yang disegani oleh orang
Bugis, dan berjaya menjadikan Wajo' sebagai salah satu kerajaan utama
Bugis.
Di sebelah selatan pula,
Bone, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di kawasan pertanian sekaligus membantu ekonomi
Bone, menambah kuasa buruh dan kuasa tentera.
Penempatan
Bugis yang disebut di dalam
La Galigo
kini terletak di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan yang membangun.
Soppeng pula terperangkap di antara Sidenreng, Wajo' dan Bone manakala
penempatan di tanah tinggi cuba keluar dari pengaruh Luwu' dan pada masa
yang sama ingin mengelakkan pengaruh kerajaan-kerajaan yang sedang
membangun.
Runtuhnya Kerajaan Luwuk
Tempoh antara 1500 dan 1530 menyaksikan kerajaan Luwu' mula merosot.
Ketika itu, Luwu' diperintah oleh Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat.
Didalam pertemuan diantara Dewaraja dan Arung Matoa Puang ri
Ma'galatung pada tahun 1508, Dewaraja bersetuju untuk menyerahkan
kawasan-kawasan di sepanjang
Sungai Cenrana kepada Wajo' sebagai pertukaran Wajo' hendaklah membantu Luwu' menguasai
Sidenreng dimana Sidenreng berjaya dikuasai oleh Luwuk dan Sidenrang terpaksa menyerahkan kepada Wajo' kawasan
timur laut dan
utara Tasik Besar.
Pada tahun 1509,
Luwu' menyerang
Bone
untuk menyekat kuasa Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi
sebuah kerajaan yang kuat dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan
Dewaraja, walaupun berjaya melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak
kerana amaran pemerintah
Bone kepada tenteranya untuk tidak 'menyentuh' ketua musuh Bone. Walaubagaimanapun, Payung Merah milik
Luwu' yang menjadi simbol ketuanan tertinggi berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan Luwu' di negeri-negeri
Bugis. Walaubagaimanapun, ketuanan Luwu' masih disanjung tinggi dan dihormati oleh kerajaan-kerajaan lain di
Sulawesi Selatan.
Bila penggantinya Dewaraja mangkat, Wajo' menyerang Luwu' dan meluaskan
pengaruhnya di daerah-daerah Luwu'. Ini membolehkan Wajo' menguasai
beberapa kawasan-kawasan yang strategik.
Kemunculan Makassar
Pada masa yang sama, berlakunya peristiwa-peristiwa penting di sebelah barat dan selatan
Sulawesi Selatan.
Siang ketika itu masih lagi menjadi kuasa utama di persisiran barat
Makassar
dan Bantaeng (ketika itu dibawah penagruh Luwu') di sebelah selatan
manakala terdapat dua penempatan Makassar iaitu Goa dan Tallo' yang mula
membangun dan meluaskan pengaruh mereka.
Mengikut sumber yang diragui kesahihannya, Goa dan Tallo' pada
mulanya adalah satu negeri. Pada sekitar abad ke 15, Raja
Tunatangka'lopi membahagikan kawasan itu kepada dua orang puteranya
menjadi Goa dan Tallo'. Terdapat juga kisah yang lain di mana dibawah
Raja Daeng Matanre' (1510-1547), suatu pejanjian telah dibuat. Mengikut
perjanjian tersebut, Goa dan Tallo' akan menjadi kerajaan kembar, di
mana terdapat dua pemerintah tetapi satu kerakyatan. Sesiapa yang cuba
menentang perjanjian ini akan dihukum oleh Tuhan. Peristiwa ini mengikut
Bulbeck('History Archeology':117) berlaku selepas 1535. Peta Sulawesi
yang dilukis
Portugis
pertama kali pada tahun 1534 tidak menyentuh tentang Goa, dan hanya
memeta 'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan 'Agacim'(Garassi'). Mengikut
penulisan
Antonio de Paiva, Goa, (di mana didalam penulisannya merujuk kepada Bandar Besar) yang kemudiannya muncul di peta
Portugis, sebelumnya dianggap di bawah pengaruh
Siang. Sebaliknya kerajaan Tallo' yang dibawah pengaruh
Siang dan kemudiannya dibawah pengaruh Goa. Goa kemudiannya menguasai
Garassi', sebuah pelabuhan yang menghubungkan
Jawa, sekaligus membolehkan Goa mengawal perdagangan laut.
Permualaan sejarah Goa dan Tallo' berlaku di akhir abad ke 15, tetapi
laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di kedua-dua kawasan
itu masih tidak jelas. Polisi perluasan kuasa mungkin bermula ketika
zaman pemerintahan Raja Daeng Matenre, Goa, dan berterusan selama dua
abad selepasnya. Antara daerah-daerah yang dikuasainya ialah Bajeng,
sekutu-sekutu Tallo', kawasan-kawasan di bawah pengaruh
Bantaeng dan
Gantarang.
Kejayaan kerajaan kembar ini, lebih dikenali dikalangan pedagang asing sebagai sebuah 'negara' digelar
Makassar.
Ia boleh dikatakan satu gabungan yang bijak di mana pemerintah Goa
meneruskan penguasaan wilayah manakala pemerintah Tallo', yang mendapati
potensi
Makassar
sebagai pelabuhan yang berjaya, menumpukan bahagian perdagangan. Ini
kemudiannya menjadikan Makassar salah satu kuasa yang kuat di
Sulawesi Selatan.
Kemangkatan Dewaraja, pemerintah Luwuk, menyebabkan berlakunya
perbalahan dinasti. Daeng Mantare membantu Bone menawan Luwuk di mana
ketika itu pemerintahan Luwuk dituntut oleh
Sanggaria. Pada sekitar tahun 1535,
Sanggaria
kemudiannya mendapatkan perlindungan di Wajo'. Kesempatan ini direbut
oleh Bone dan Goa di mana Luwuk kemudiannya terpaksa menandatangani
perjanjian mengakui kekalahannya dan akan menyertai Goa, Bone dan
Soppeng menentang Wajo' atas tindakan Wajo' yang bersifat neutral ketika
peperangan berlaku. Ini menyebabkan Wajo' terpaksa menukar ikrar setia
dari Luwuk kepada Goa. Sanggaria kemudiannya dibenarkan menjadi raja
Luwuk tanpa kuasa.